Breaking news

Wednesday, 15 July 2020

Topeng punca berpeluh, berjerawat? Ketahui cara terbaik atasinya!

Pakai topeng untuk masa yang lama boleh menyebabkan kulit wajah iritasi, berminyak dan berjerawat.

Pemakaian topeng pada masa yang lama boleh menyebabkan kulit wajah anda mudah berpeluh lebih daripada biasa.

Ia boleh membuatkan kulit jadi kemerah-merahan dan iritasi.

Selain itu, kulit juga menjadi lebih berminyak dan akibatnya lebih berjerawat.

Proses ini juga membuatkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum, menutup liang pori dan menghalang keseimbangan “microbiome” pada kulit.

Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan rutin penjagaan kulit wajah bebas jerawat yang terbaik , sekaligus memelihara kulit wajah anda yang sensitif itu.

Tip penjagaan kulit wajah

  1. Pilih topeng muka yang sesuai dengan kulit wajah anda. Pilihlah dari jenis yang lembut dan tak menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit.
  2. Gunakan pencuci gel untuk pembersihkan kulit sempurna dan pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan pH.
  3. Gunakan toner mengandungi Zinc Sulphate kerana ia dapat mengawal penghasilan sebum secara teratur dan mengurangkan bukaan liang pori.
  4. Pilih pelembap atau krim yang boleh membantu mengurangkan cela, kekal matte dan merawat kulit berjerawat dan bermasalah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2CDQfEU
via IFTTT

No comments:

Post a Comment