Breaking news

Thursday 23 July 2020

Thailand lanjut perintah darurat sehingga hujung Ogos

Seorang pegawai kesihatan mengambil sampel dari seorang wanita untuk ujian saringan Covid-19 di wilayah Rayong, Thailand. (Gambar AP)

BANGKOK: Thailand akan melanjutkan perintah darurat negara itu untuk tempoh sebulan lagi hingga hujung Ogos dengan mengekalkan langkah keselamatan sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Pengumuman itu dibuat selepas hampir 2 bulan negara mencatatkan sifar jangkitan tempatan dan rakyat mula mempersoalkan keperluan pelaksanaan perintah darurat.

“Keputusan itu masih perlu dibuat kerana kami sedang membuka sempadan negara bagi memberi peluang kepada aktiviti perjumpaan perniagaan dan pelancongan dalam usaha untuk merangsang ekonomi,” kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Nasional Jeneral Somsak Roongsita.

Beliau berkata, para pakar perubatan juga menasihati agar perintah darurat dikekalkan.

Tindakan lanjutan tersebut juga dibuat selepas rakyat menganjurkan aktiviti tunjuk perasaan politik yang melanggar larangan perhimpunan pada hujung minggu lepas.

Somsak, bagaimanapun, mengatakan keputusan perintah darurat hanya akan digunakan untuk mencegah penularan wabak, bukan demonstrasi.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/32MtxFh
via IFTTT

No comments:

Post a Comment