
Bercakap tentang kecantikan, mesti ramai wanita yang sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan kulit yang cerah, licin dan gebu.
Tetapi tak semua produk kecantikan yang menggunakan bahan semula jadi daripada tumbuh tumbuhan dan buah buahan yang terbukti berkesan.
Siapa yang tak tahu tentang petua mencuci muka pakai tomato beku?
Banyak kebaikan mencuci muka pakai tomato beku sebenarnya.
Malah tomato juga boleh dijadikan sebagai masker wajah.
- Hancurkan tomato yang sudah masak dan kemudian gosok pada kulit muka.
- Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.
- Dinasihatkan untuk lakukannya 2 kali seminggu untuk kesan optimum.
Tomato juga mempunyai kandungan antioksidan seperti likopena dan zeazanthin dan berkesan mengecutkan jerawat pada muka dan menghalus atau mengecilkan liang liang pori.
Jenis kulit kombinasi boleh gunakan gabungan tomato dan isi avocado.
Blend kedua-dua bahan dan sapu pada muka.
Jenis muka yang berminyak boleh gunakan gabunan timun dan tomato.
Kisar dan tepek pada muka, ia akan mengurangkan minyak yang berlebihan pada muka.
Kalau jenis kulit kering pulak boleh gunakan campuran tomato dan minyak zaitun.
Ia akan memberikan kesan lembab dan lembut pada wajah anda.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/32Cy4dB
via IFTTT
No comments:
Post a Comment