Breaking news

Thursday 30 July 2020

Shafie lebih rela bebas dari bersama PH, jadi kenapa paksa, kata Pemuda PKR

Razeef Rakimin.(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemuda PKR Sabah membidas dakwaan parti itu mengkhianati “kerajaan PH Plus” di Sabah, meminta pengkritik jangan memaksa mereka menyokong Presiden Warisan Shafie Apdal yang didakwa “lebih rela bebas” daripada bersama Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Razeef Rakimin mendedahkan majoriti akar umbi PKR Sabah menyokong tindakan Naib Pengerusi Negeri Kenny Chua menarik balik sokongan kepada “kerajaan Warisan”.

“Jika kerajaan Sabah kerajaan PH Plus, Shafie tidak akan menolak Amanah di Sabah sehingga Amanah dilihat seolah mengemis,” katanya dalam kenyataan.

“Hakikatnya Shafie tidak mahu pun Amanah di Sabah.”

Razeef seterusnya mendakwa Shafie bukan sahaja menolak calon perdana menteri dari PKR dan PH, malah beliau tidak ingin bersama gabungan itu dan lebih rela berada di blok bebas.

“Maka kenapa kita perlu dipaksa untuk menyokong Warisan?”



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2X9xYqq
via IFTTT

No comments:

Post a Comment