Breaking news

Tuesday, 21 July 2020

Selepas wayang, kini sarkas pula dibuat secara pandu masuk

Khemah boleh menempatkan sehingga 40 kenderaan dikenakan tiket bagi setiap kenderaan antara RM64 hingga RM85.

Selepas Perak mengumumkan panggung wayang pandu masuk atau “drive in cinema” yang pertama di Malaysia kini sarkas pandu lalu pula diwujudkan.

Inilah yang berlaku di Rio De Janiero, selain pawagam, mereka kini memperkenalkan sarkas secara pandu masuk dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Setelah 4 bulan tidak dapat beroperasi, akhirnya badut, penjugal dan seniman di Sarkas Estoril, Rio De Janiero dapat kembali beraksi dengan penonton menyaksikan persembahan mereka dari dalam kenderaan masing-masing.

Khemah yang boleh menempatkan sehingga 40 kenderaan akan dikenakan tiket bagi setiap kenderaan antara RM64 hingga RM85.

Persembahan pertama bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada penonton, malah ramai yang terhibur dan berpuas hati.

Persembahan pertama yang diadakan baru-baru ini bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada penonton, malah ramai yang terhibur dan berpuas hati dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak sarkas.

Perkara itu dapat dilihat apabila orang ramai menghargai persembahan sarkas norma baru tersebut dengan menyalakan lampu kereta dan membunyikan hon.

Sebelum ini dilaporkan di Paris juga memperkenalkan wayang atas air, dimana penonton boleh menonton filem mereka dari atas bot masing-masing.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3fNkMPb
via IFTTT

No comments:

Post a Comment