PETALING JAYA: Syarikat e-panggilan Grab berusaha untuk meyakinkan pemandunya bahawa polisi pengesahan dokumen baru syarikat itu tidak akan lambat seperti yang dibimbangkan.
Perkara itu timbul baru-baru ini selepas seorang pemandu mengadu akaun e-panggilannya tergantung lebih lama dari kebiasaan semasa proses pengesahan dokumen.
Grab mengesahkan akaun pemandu kebiasaannya digantung semasa proses itu tapi manfikan ia boleh mengambil tempoh sehingga 10 hari seperti didakwa.
“Grab sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan kemaskini diselesaikan pada masanya,” kata seorang jurucakap syarikat kepada FMT.
“Proses itu dianggarkan memakan masa 3 hingga 5 hari bekerja selepas pemandu menyerahkan dokumen yang diperlukan,” katanya.
Pemandu itu mengadu syarikat itu sebelum ini mengambil masa kurang daripada 3 jam untuk mengesahkan dokumen seperti cukai jalan, nota insurans, dan geran kereta supaya akaun tahunan aktif.
Bagaimanapun, sekarang proses itu boleh boleh memakan masa hingga 10 hari bekerja.
Katnya semasa proses pengesahan itu, akaun pemandu akan digantung dan mereka tidak dapat menerima tempahan.
“Bagaimana kami hendak bertahan selama 10 hari tanpa pendapatan? Saya satu-satunya yang menanggung keluarga,” katanya kepada FMT.
Pemandu itu mendakwa, dia sudah mendapatkan penjelasan daripada pusat tetapi diberitahu kelewatan itu kerana bilangan pemandu semakin meningkat.
Jurucakap Grab tidak dapat mengulas kesukaran yang dihadapi pemandu itu.
Bagaimanapun, dia mengingatkan pemandu dokumentasi mesti diperbaharui sebelum tarikh tamat bagi mengelakkan kesulitan.
“Pemandu mesti memastikan semua dokumen mereka sah dan mereka memiliki lesen PSV dan permit kenderaan e-panggilan,” katanya.
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3eG3JNn
via IFTTT
No comments:
Post a Comment