Disaat seluruh dunia masih bergelut melawan penularan wabak Covid-19 dengan mengamalkan kebersihan, namun masih ada yang memandang mudah perkara ini.
Mungkin tidak menghiraukan dengan jangkitan yang bakal membunuh sesiapa sahaja jika tidak segera dirawat, mereka seolah-olah hidup dalam dunia sendiri.
Inilah yang berlaku di sebuah pasar raya apabila seorang pengunjung terkejut selepas menyaksikan seorang pekerja membersihkan bakul membeli-belah dengan air ludahnya.
Marta Casimiro mendapati bakul di pasar raya tersebut kotor dan membuat aduan mengenai perkara itu kepada pengurusnya.
Namun Marta terkejut melihat seorang pekerja mengelap bakul tersebut menggunakan air liur yang diludahkannya di atas tuala kecil.
Malah wanita itu turut menyaksikan pekerja terbabit menggunakan tuala sama untuk membersihkan troli di pasar raya itu.
“Saya berasa jijik dengan tindakan pekerja terbabit,” katanya seperti dilaporkan Mirror.uk
Marta bagaimanapun dikatakan gagal bercakap dengan pengurus pasar raya yang terletak di Toronto, Kanada itu selepas melihat perbuatan jijik itu dan bertindak menghubunginya pada keesokan harinya.
Susulan insiden itu, pekerja terbabit sudah digantung tugas.
Marta berkata dia kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pekerja terbabit ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di seluruh negara.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2AXtJ9u
via IFTTT
No comments:
Post a Comment