Breaking news

Sunday, 19 July 2020

MMA sokong kuarantin di pusat luar bagi rakyat pulang dari negara lain

Persatuan Perubatan Malaysia akan menyokong cadangan Kementerian Kesihatan menempatkan warganegara atau orang asing datang dari kawasan berisiko tinggi menjalani kuarantin di pusat kuarantin atau hotel. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyokong rancangan kuarantin mandatori di pusat luar bagi warganegara dan orang asing dari kawasan berisiko tinggi yang dibenarkan masuk ke negara, atau jika rumah mereka tidak sesuai untuk pengasingan diri.

Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran berkata persatuan itu akan menyokong cadangan Kementerian Kesihatan untuk menempatkan individu terbabit di pusat kuarantin atau hotel.

Sejak 10 Jun lalu, semua individu yang pulang ke tanah air perlu menjalani kuarantin 14 hari di rumah di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah.

Ganabaskaran berkata, cadangan itu ialah langkah baik yang dapat mengurangkan risiko jangkitan ketika kuarantin rumah.

Katanya, terdapat laporan pihak berkuasa berdepan cabaran untuk individu yang menjalani kuarantin di rumah melakukan ujian saringan Covid-19 kedua pada hari ke-13 kuarantin mereka.

“Langkah ini (kuarantin di pusat luar) mungkin dapat menghalang kejadian seperti ini.”

Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata kuarantin rumah memerlukan kerjasama kes disyaki dan ia “belum berjaya sepenuhnya”.

Katanya, kuarantin rumah perlu dipandang serius, tetapi sikap puas hati dan kurangnya rasa bimbang mula berlaku.

Bagaimanapun, beliau berkata, kuarantin mandatori di pusat luar perlu dijadikan langkah pilihan berbanding dasar untuk semua.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3h8nQWe
via IFTTT

No comments:

Post a Comment