Breaking news

Friday 24 July 2020

Mekap ilusi Mimi Choi berjaya tarik lebih 1.3 juta pengikut

Hanya dengan menggunakan alat solek dan cat badan, dia berjaya ‘mengubah’ wajah atau anggota badannya.

Personaliti media sosial, Mimi Choi semakin menarik perhatian warganet daripada seluruh dunia dengan mekap ilusinya.

Selepas meraih populariti dengan teknik solekan ilusi pada wajah, dia kini menghasilkan teknik sama pada bahagian badan lain iaitu tangan dan kaki.

Oddity Central melaporkan Choi sebelum ini bertugas sebagai guru namun, dia beralih bidang dengan menjadi jurusolek selepas meninggalkan bidang pendidikan.

Sejak itu, Choi aktif mempamerkan hasil karyanya menerusi media sosial bermula 3 tahun lalu.

Hanya dengan menggunakan alat solek dan cat badan, dia berjaya “mengubah” wajahnya.

Teknik berkenaan tidak ubah seperti menggunakan wajah sebagai kanvas untuk lakaran seni visual.

Hasil kreativitinya itu menarik perhatian jutaan warganet sehingga dia mengumpul lebih sejuta pengikut di Instagram.

Menariknya, hasil karya Choi kelihatan begitu kompleks dan realistik.

Antara yang paling menarik perhatian adalah lukisan roti pada kakinya dan bongkah Lego di wajahnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3fUfgu0
via IFTTT

No comments:

Post a Comment