Breaking news

Sunday, 12 July 2020

Lebih bahaya daripada Covid-19, China keluarkan amaran wujudnya virus baru

Kedutaan Besar China di Kazakhstan, penularan virus baru ini bakal memberi kesan kepada radang paru-paru mangsa. (Gambar AP)

Awal tahun ini satu dunia digemparkan dengan kehadiran wabak Covid-19 yang sehingga kini membunuh beratus ribu orang dan berjuta menjadi mangsa wabak itu.

Kini selang beberapa bulan timbul pula sebuah virus baru yang dikatakan lebih bahaya daripada Covid-19 sekali lagi dari China.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan Kedutaan Besar China di Kazakhstan, penularan virus baru ini bakal memberi kesan kepada radang paru-paru mangsa sekaligus meningkatkan jumlah pesakit penumonia di kawasan sekitar tanpa sedar.

Apa yang lebih merisaukan orang ramai, angka kematian daripada virus ini dilaporkan lebih tinggi daripada wabak Covid-19.

Berdasarkan penularan virus baru yang dikenali, pihak jabatan kesihatan di Kazakhstan sedang berusaha keras dalam membuat kajian mengenai virus ini namun masih belum dapat mengenal pasti secara terperinci.

Setakat Jun sahaja, negara itu menyaksikan 1,772 kematian berikutan masalah melibatkan radang paru-paru sepanjang 6 bulan pertama tahun ini dimana separuh daripadanya berlaku pada bulan Jun sekaligus menunjukkan peningkatan penyakit radang paru-paru disebabkan kehadiran virus ini.

Berdasarkan isu yang berlaku, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev menasihatkan orang ramai di kawasan sekitar untuk berhati-hati bagi mengelakkan daripada penularan wabak terbaru ini.

Pada minggu lalu, China turut menggemparkan dunia apabila mengumumkan kehadiran wabak selsema babi jenis baru yang berpotensi menjadi pandemik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/38LSx0o
via IFTTT

No comments:

Post a Comment