Breaking news

Tuesday 28 July 2020

Konon beri kesan radiasi, hakikatnya ‘IR thermometer’ langsung tak bahayakan otak!

Tular video yang mendakwa penggunaan ‘IR thermometer’ boleh beri kesan pada otak.

Viral di media sosial apabila ada netizen dilihat sengaja membuat pendedahan kononnya alat pengesan suhu yang biasa digunakan di tempat awam itu boleh menyebabkan kanser.

Video berdurasi 45 saat itu kononnya nak tunjukkan laser yang selalu “ditembak” di bahagian dahi itu tidak selamat sebaliknya kena buat di tapak tangan.

Disebabkan itu, seorang doktor menerusi laman Twitter tampil menjelaskan mitos yang didakwa oleh individu dalam video ini.

Sebagai individu dari bidang perubatan, dakwaan ini di tepis habis-habisan oleh Shazwan Sazali ini yang juga seorang doktor yang bertugas dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberikan sedikit keterangan supaya kita semua faham tentang alat ini.

“Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat. Setiap tuduhan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian. Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan. Infrared thermometer menyebabkan kanser?”

Katanya, alat yang dipanggil sebagai Non-contact infrared thermometers (NCIT) inilah paling mudah, selamat dan senang untuk mengesan suhu badan dari jarak jauh.

Ini kerana NCIT ini, ada kebaikannya boleh:

  • Mengurangkan risiko penyebaran penyakit (non contact)
  • Mudah digunakan
  • Mudah dibersihkan
  • Mengukur suhu dengan kadar lebih cepat

Namun jika hendak pakai kenalah ada cara-caranya supaya suhu di badan kita tak akan berubah.

Mesti anda pernah cuba buat kat dahi sendiri nombor jadi berubah kan?

“Pegang NCIT ‘perpendicular’ dengan dahi dan arahkan individu yang sedang diukur suhunya untuk kekal tidak bergerak.

“Jarak alat dengan dahi berbeza setiap alat (sila semak manual sebelum guna). Dilarang sentuh bahagian sensor NCIT & pastikan sensor bersih & kering.”

Untuk mengukuhkan bukti tentang alat ini, Shazwan mengemukakan fakta daripada satu kajian Feng Luzhao, seorang researcher dari Chinese Center for Disease Control and Prevention, IR thermometers berfungsi dengan menerima radiasi thermal yang disebarkan oleh tubuh manusia sendiri.

“Alat tersebut tidak mengeluarkan sebarang radiasi yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Alat tersebut menerima radiasi, bukan mengeluarkan radiasi.”

Malah tambahnya tiada langsung kaitannya dengan kanser.

“Kalau nak kena kanser, bukan kita yang kena, alat tu yang kena. Dahlah alat tu terima radiasi tubuh manusia, kena pula ukur dahi kepala manusia yang palatao ni.”

Thread yang dikongsikan itu meraih lebih 11.5 ribu jumlah retweets selepas ia dimuatnaik.

Salah satu yang berkongsi posting ini adalah Kementerian Kesihatan sendiri menerusi akaun Twitternya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/306jwB2
via IFTTT

No comments:

Post a Comment