Penularan wabak Covid-19 sehingga kini masih berleluasa di seluruh dunia.
Malah beberapa negara kini sedang berdepan gelombang kedua ekoran tidak mematuhi arahan yang ditetapkan seperti penjarakan sosial serta pemakaian topeng bagi mengelak ia merebak kepada orang lain.
Sebelum ini turut dilaporkan beberapa haiwan peliharaan atau yang berada di zoo disahkan dijangkiti Covid-19 dan kini United Kingdom (UK) pula yang terbaru mencatatkan kes positif pertama melibatkan kucing.
Haiwan itu diuji positif selepas jalani ujian swab pada Rabu lalu oleh badan Animal and Plant Health Agency (APHA).
“Ujian telah dilaksanakan di sebuah makmal di Weybridge pada Rabu.
“Semua bukti yang ada memaparkan ia mendapat jangkitan daripada pemiliknya yang juga diuji positif,” ujar APHA.
Bagaimanapun, pemilik dan kucing tersebut dilaporkan sudah sembuh dan kini bebas virus berkenaan.
Malah, mereka juga tidak menjangkiti mana-mana haiwan dan individu lain yang menjadi kontak rapat sebelum ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3g9IJQL
via IFTTT
No comments:
Post a Comment