Breaking news

Saturday, 11 July 2020

Kalau sayang anak, kawal penggunaan gajet supaya tak menyesal kemudian hari

Penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak perlu dikawal agar tidak timbul masalah kesihatan serius ( Gambar unsplash )

Sepanjang hampir 4 bulan ini anak-anak anda menghabiskan masa di rumah, apakah aktiviti harian mereka?

Selain sibuk menyiapkan tugasan sekolah secara online, pasti anda juga terlalu asyik dengan kandungan digital lain.

Sebagai ibu bapa, memang tidak dinafikan agak sukar untuk mengawal penggunaan gajet di kalangan anak-anak.

Maklumlah dunia tanpa sempadan. Masakan kita dapat melawan ledakan digital yang sedang dihadapi kini.

Namun, setiap perkara ada baik dan buruknya. Ada impak positif dan negatif.

Menurut kajian, penggunaan gajet lebih banyak memberi impak negatif daripada positif di kalangan kanak-kanak.

Laman sesawang www.myhealth.gov.my ada menyenaraikan kesan negatif penggunaan gajet yang tidak terkawal di kalangan kanak-kanak. Antaranya ialah:

  1. Tiada komunikasi, interaksi sehingga menjejaskan kemahiran bersosial.
  2. Masalah penglihatan mata seperti rabun dan juling.
  3. Tidak ada stimulasi rangsangan persekitaran yang diperlukan anak-anak seusia dua tahun pertama seperti deria rasa, bau, sentuh dan eye contact.
  4. Kanak-kanak lebih bersikap introvert iaitu berada dalam dunia sendiri dan tidak bercampur dengan orang.
  5. Menjejaskan tumbesaran fizikal kanak-kanak.
  6. Mengakibatkan masalah obesiti kerana kurang aktiviti fizikal

Jadi, sebagai ibu bapa wajarkah anda mengambil risiko di atas yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak anda?

Jika anda sayang, jika anda mengambil berat, pasti jawapannya tidak.

Untuk kesejahteraan bersama, lebih baik anda mengawal anak-anak daripada terjebak dengan ketagihan gajet atau internet.

Ikuti langkah berikut:-

  1. Jangan caj bateri telefon, tablet sehingga 100 peratus.
  2. Jangan beritahu kata laluan telefon / gajet kepada anak-anak.
  3. Tetapkan had masa untuk menggunakan gajet. Mungkin 30 minit atau satu jam sehari. Itupun selepas dia menyiapkan tugasan sekolah.
  4. Jangan biarkan anak-anak jauh daripada anda ketika menggunakan gajet. Bimbang mereka melayari laman-laman sesawang yang tidak sepatutnya.
  5. Belikan permainan yang boleh merangsang minda atau yang bersifat interaktif. Contoh paling mudah, Jenga.
  6. Muat-turun aplikasi yang berfungsi untuk menapis kandungan yang boleh memudaratkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2BQO40J
via IFTTT

No comments:

Post a Comment