Di saat kanak-kanak lain hanya ingin bermain dan bersuka-ria bersama rakan atau adik beradik lain, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ini memilih untuk menjadi hero selepas sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan adik perempuannya dari digigit anjing.
Menerusi satu posting di Instagram, semuanya bermula apabila seekor anjing mahu menerkam adik perempuannya.
Sehubungan itu tanpa berfikir panjang, kanak- kanak yang dikenali sebagai Bridger meluru untuk berada di hadapan adik perempuannya untuk menghalang adiknya digigit.
Insiden penuh ngeri ini membuatkan Bridger memerlukan 90 jahitan selepas cedera dek kerana digigit anjing itu.
Kisah penuh aksi ini telah dikongsikan semula oleh mak cik beliau menerusi laman Instagram serta melabelkan keberanian Bridger setanding watak para “Avengers”.
Lebih menyentuh hati lagi apabila Bridger turut sempat berkata, sekiranya terdapat individu yang sepatutnya terkorban dalam insiden tersebut, beliau sanggup menjadi mangsa berbanding adik perempuannya sendiri.
Sikap Bridger ini wajar dicontohi dan menjadi teladan apabila sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan adik perempuannya meskipun baru berusia 6 tahun.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2ZDyf6B
via IFTTT
No comments:
Post a Comment