Breaking news

Sunday 26 July 2020

Betul ke guna air fryer makanan jadi lebih sihat?

Goreng menggunakan air fryer dapat mengurangkan 80% kalori.

Sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, ramai daripada kita yang mula mengamalkan gaya hidup sihat bagi meningkatkan daya tubuh termasuk pengambilan makanan sihat.

Selain memilih bahan makanan yang tepat, cara masakan turut dititikberatkan bagi memastikan dapat mengamalkan diet sihat.

Maka tak hairanlah, alat penggoreng tanpa minyak atau “air fryer” menjadi pilihan utama di dapur kerana ia dikatakan dapat membantu memasak hidangan tanpa menggunakan minyak.

Menggoreng menggunakan air fryer tidak perlu menggunakan minyak.

Menurut Men’s Health, titik penjualan air fryer adalah tidak menggunakan minyak untuk menggoreng agar makanan jadi lebih sihat.

Tapi bagaimana sebenarnya cara alat ini bekerja?

Umumnya, air fryer mengedarkan udara panas selama proses memasak seperti mana ketuhar gelombang mikro.

Secara dasarnya, ia tidak menggoreng tetapi memanggang makanan.

Namun sihat atau sebaliknya sesuatu makanan itu bukan hanya sekadar cara memasak tetapi bahan yang digunakan.

Sebagai contoh, jika menggoreng sosej atau nuget, ia tetap tidak sihat meskipun ia digoreng tanpa minyak.

Sebaik-baiknya, untuk mendapatkan nutrisi yang maksimum, masak makanan yang mempunyai khasiat tinggi seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam.

Kajian juga mendapati, pengambilan makanan yang digoreng menggunakan air fryer dapat membantu mengurangkan 80% pengambilan kalori.

Malah ia juga memasak makanan lebih cepat berbanding ketuhar gelombang mikro atau oven, yang mana memberi tambah nilai pada anda yang ingin menyiapkan juadah dalam tempoh singkat.

Bagi yang menyukai makanan bergoreng, menggunakan air fryer dapat menjadi jawapan kepada anda yang ingin menjalani kehidupan sihat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2Da9J4g
via IFTTT

No comments:

Post a Comment