
Sebelum ini beberapa kali media tempatan Indonesia melaporkan kejadian di mana waris mangsa Covid-19 yang meninggal dunia menimbulkan kekecohan gara-gara mahu jenazah keluarga mereka dikebumikan ikut adat dan tradisi mereka.
Dan baru-baru ini berlaku lagi satu kejadian di mana penduduk merampas peti jenazah pesakit Covid-19 daripada petugas barisan hadapan.
Kejadian seumpama ini disifatkan semakin keterlaluan di saat republik itu merekodkan lebih 83,000 kes di seluruh negara.
Dalam kejadian terbaru di Surabaya, waris kepada seorang pesakit Covid-19 yang meninggal dunia bertindak agresif apabila merampas peti dan mengeluarkan jenazah untuk dikebumikan tanpa mengikut protokol kesihatan.
Situasi itu menimbulkan reaksi marah dan kecewa pihak berkuasa kesihatan yang mahu polis bertindak segera menahan individu terlibat dalam kejadian di Kabupaten Pasuruan kerana perbuatan itu meningkatkan lagi risiko penularan wabak.
“Kami berharap masyarakat ada kesedaran tinggi mengenai risiko virus ini. Hasil ujian swab menunjukkan pesakit positif Covid-19,” kata jurucakap pasukan bertindak Covid-19, Anang Saiful Wijaya.
Mengikut laporan, pesakit berusia 29 tahun itu meninggal dunia ketika dirawat di hospital sebelum dibawa ke Desa Rowogempol untuk solat jenazah di masjid.
Ketika upacara pengebumian berlangsung, waris keluarga bertindak merampas peti jenazah dan tidak mengizinkan mangsa dikebumikan mengikut protokol Covid-19.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3eEzUwQ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment