Hujung minggu ini apa rancangan anda? Adakah anda punya acara yang ingin diraikan? Jika mencari lokasi selera untuk meraikan seseorang, apa kata anda ke Nook, Kuala Lumpur.
Restoran yang terletak di dalam Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral ini kembali dengan promosi yang sukar dilepaskan, “All-You-Can Eatlah” yang berharga RM98 bersih untuk dewasa.
Dengan norma baru, anda tidak perlu risau untuk menjamu selera di sini. Semua langkah berjaga-jaga di aplikasikan bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin.
Menerusi promosi terbaru ini, anda berpeluang menikmati lebih daripada 50 hidangan tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan.
Semua hidangan ini disediakan oleh barisan chef profesional dan berpengalaman, dan ini bermakna mereka yang agak cerewet dengan pilihan makanan pun akan berpuas hati.
Perlu diingatkan, promosi “All-You-Can Eatlah’ ini bukanlah hidangan bufet yang membolehkan anda bebas ke kaunter makanan untuk memilih makanan yang diingini, tetapi ia menampilkan konsep berbeza sesuai dengan pasca Covid-19.
Pasukan kuliner Nook akan memasak makanan yang dipesan secara langsung dan setiap menu yang dipesan akan terus dihantar ke meja anda.
Daripada hidangan pembuka selera hinggalah ke pemanis mulut, setiap suapan pasti membuatkan anda tersenyum puas.
Antara menu mesti cuba ialah Asam Pedas Claypot Melaka, Nasi Briyani Gam, Laksa Sarawak, Teppanyaki, “Seafood Pizza”, “Sirloin Beef Steak” dan Dimsum.
Tidak dilupakan hidangan pencuci mulut kegemaran ramai Air Batu Campur (ABC) yang mewah dengan Milo tabur di atasnya, dan aiskrim Teh Tarik.
Promosi “All-You-Can Eatlah” boleh dinikmati untuk makan malam dari jam 6 petang hingga 10 malam dari Khamis hingga Ahad.
Cepat rebut tawaran “Welcome Back” yang berharga RM98 bersih untuk dewasa dan 50% diskaun untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Sebaik sahaja tawaran ini berakhir, harganya akan kembali normal iaitu RM138 bersih untuk dewasa.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus berkunjung ke Nook atau hubungi talian 03 2723 1154 dan emel ke kulal.b&f@marriots.com
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/3h8AWTC
via IFTTT
No comments:
Post a Comment