Breaking news

Thursday 23 July 2020

3 cara jimatkan data semasa menonton YouTube

Setiap kali tonton YouTube pasti data internet akan berkurangan jadi ada beberapa tip untuk elak daripada data semakin susut

YouTube kini sememangnya menjadi medium utama bagi sesiapa sahaja tidak mengira dewasa ataupun kanak-kanak.

Malah ia menjadi satu perkara yang wajib jika mahu menonton apa sahaja dengan cepat dan mudah.

Bagi ibubapa, saluran YouTube menjadi penyelamat kepada mereka jika mahu membuatkan anak mereka duduk diam sama ada ketika makan atau di saat mereka perlu melakukan sesuatu tanpa gangguan anak-anak.

Namun apa yang menjadi beban kepada para ibubapa apabila tempat yang mereka kunjungi tiada internet atau wifi.

Sehubungan itu tip ini boleh dipraktikkan bila berada di tempat tanpa wifi.

Bukan sahaja dapat menjimatkan data malah data memang tidak akan habis banyak.

Ikuti perkongsian oleh chanel eRing.

Tip 1 – Muat turun video dan tonton waktu offline.

Caranya:

  1. Buka YouTube
  2. Pilih video yang ingin disimpan
  3. Tekan download

Boleh tengok video waktu offline.

Tip 2 – Hadkan penggunaan data YouTube

  1. Buka YouTube klik akaun
  2. Pilih setting
  3. Klik General
  4. Pilih limit mobile data usage

Cara ini akan memastikan anda tidak terlajak guna banyak sangat data tanpa sedar.

Tip 3 – Muat turun YouTube Go.

Ini paling senang sebab apps ini hanya mempamerkan video yang beresolusi basic saja.

Apps ini cuma ada button home dan download saja.

Ia menjimatkan kerana ia memaparkan kualiti yang asas dan standard di bawah 480p.

Malah jika signal internet lemah pun masih boleh tengok.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2D05yaQ
via IFTTT

No comments:

Post a Comment