Breaking news

Monday 27 July 2020

14 ahli keluarga disahkan positif Covid-19 selepas majlis makan sempena tamat ‘lockdown’

Sebagai tuan rumah Tony rasa bersalah kerana 14 ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

Disebabkan menganjur majlis makan-makan dan perjumpaan kecil bagi meraikan tamatnya perintah berkurung, 14 individu daripada keluarga yang sama disahkan positif Covid-19, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

Lelaki bernama Tony Green menganjurkan pertemuan kecil di kediamannya selepas berbulan-bulan tidak bertemu dengan ahli keluarganya yang lain ekoran penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pertemuan tersebut berakhir dengan tragis selepas 14 daripada mereka positif Covid-19.

Ayah mentua Tony, Rafael Ceja terpaksa bergantung kepada ventilator sejak 2 minggu lalu, manakala ibu kepada Ceja pula terkorban akibat wabak tersebut.

“Semua orang meyakinkan saya bahawa itu bukan salah saya, tetapi itu adalah kediaman saya. Saya tuan rumah, dan wabak tersebar kerana idea saya yang mengumpulkan keluarga.

“Saya fikir semuanya akan baik-baik saja. Kami bahkan tidak keluar, hanya di rumah bersama. Saya mengalami masa yang sukar dengan apa yang berlaku,” kata Tony.

Tony sendiri terpaksa menerima rawatan di hospital kerana wabak tersebut, dan dia bersama saudaranya yang lain kini beransur pulih.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2ByrklV
via IFTTT

No comments:

Post a Comment