
KUCHING: Seorang pemimpin Parti Rakyat Sarawak mengundang Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang sertai partinya selepas beliau keluar PKR.
Ketua Pemuda Snowdan Lawan beritahu FMT Jugah berpeluang mengekalkan kerusi Lubok Anti pada pilihan raya akan datang jika beliau sertai PRS.
“Kita tak terdesak mahu beliau sertai kami kerana kami ada pemimpin PRS yang berpotensi untuk bertanding kerusi itu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
“Tetapi kalau beliau mahu jadi calon, beliau patut bersama parti yang betul kerana Lubok Antu milik PRS dan ini tidak akan dirundingkan.
“Kami boleh tawan kerusi Lubok Antu tanpa beliau.
“PKR sudah terkubur. Jadi kami tawarkan sokongan kepadanya.”
PRS anggota Gabungan Parti Sarawak (GPS), pakatan yang memerintah negeri itu.
Pada Jumaat, dilaporkan Jugah, seorang naib presiden PKR, keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengikrarkan sokongan kepada GPS dan kerajaan persekutuan Perikatan Nasional, beliau berkata Lubok Antu, sebuah kawasan pedalaman, memerlukan sokongan kerajaan untuk membangun.
“Saya sudah berbincang dengan penyokong dan mereka setuju saya sokong kerajaan PN untuk manfaat Lubok Antu dan pembangunannya,” katanya.
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2Aa0UpX
via IFTTT
No comments:
Post a Comment