Breaking news

Saturday, 27 June 2020

PAS serah usul undi percaya Muhyiddin ke Parlimen

PAS berkata, usul undi percaya itu bertujuan menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara Mac lalu.

KUALA LUMPUR: PAS sudah mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk dibentang serta dibahaskan dalam sidang Parlimen yang akan bermula 13 Julai ini.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata usul itu dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara Mac lalu.

“PAS yakin kepimpinan perdana menteri akan terus mendapat sokongan, malah sanjungan daripada rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, semua pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan kerajaan disambut baik semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.

Katanya, PAS amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan kestabilan serta kemakmuran negara dapat diteruskan dengan sokongan yang diperolehi nanti.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2BFmtPA
via IFTTT

No comments:

Post a Comment