WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan menyediakan dana kecemasan berjumlah $356.5 juta (RM1.5 bilion) kepada Myanmar yang berdepan kemerosotan ekonomi akibat penularan pandemik Covid-19.
“Ekonomi Myanmar terjejas akibat penularan Covid-19 disebabkan kemerosotan mendadak dalam sektor pelancongan dan kiriman wang serta gangguan rantaian bekalan,” kata Timbalan Pengarah Urusan IMF, Mitsuhiro Furusawa dalam kenyataan pada Jumaat.
Dana itu “akan membantu menangani keperluan kewangan penting Myanmar berkaitan kejutan Covid-19 dan memangkin sokongan daripada rakan pembangunan.”
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2B5frUn
via IFTTT
No comments:
Post a Comment