Breaking news

Tuesday, 30 June 2020

Apa nak jadi, penduduk Jakarta berdegil tetap ‘curi’ mayat Covid-19

Penduduk berpusu-pusu cuba mencuri mayat yang dipercayai Covid-19.

Ratusan penduduk kampung Ambon Maluku di Jakarta halang sebuah ambulans membawa jenazah pesakit Covid-19.

Menerusi rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan ratusan penduduk menghalang sebuah ambulans dan membuka pintu untuk mengambil jenazah ahli keluarga mereka.

Berdasarkan laporan Tribunnews dalam rakaman itu, penduduk juga menjerit dan meluahkan kemarahan kepada anggota polis dan petugas perubatan yang mengawal jenazah.

Menurut penduduk, jenazah itu meninggal dunia dipercayai bukan kerana dijangkiti Covid-19, tetapi mempunyai penyakit lain.

Keranda ditinggalkan di tepi jalan.

Keadaan kemudian menjadi kelam-kabut, para petugas barisan hadapan terpaksa melihat penduduk “mencuri” jenazah dari ambulans untuk dibawa ke rumah dan meninggalkan keranda jenazah di tepi jalan.

Ketua Polis Pulau Ambon Maluku, Leo Surya Nugraha Simatupang berkata, kejadian itu didakwa berpunca daripada salah faham.

“Petugas perubatan telah memberi penjelasan sebaiknya pesakit itu meninggal dunia kerana wabak Covid-19. Akhirnya keluarga memahami.

“Mereka kembalikan jenazah tersebut kepada petugas perubatan dan dimakamkan di Warasia seperti saranan ahli keluarga,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/3gbfDQJ
via IFTTT

No comments:

Post a Comment