Breaking news

Monday, 29 June 2020

1,007 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan di Sabah

Sebuah kenderaan pacuan empat roda meredah banjir untuk keluar dari pekan Donggongon semalam. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,007 orang daripada 307 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah setakat 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan berkata, 325 mangsa daripada 104 keluarga ditempatkan di 4 PPS di Kota Belud dan 539 mangsa daripada 161 keluarga ditempatkan di 5 PPS di Tenom.

“Selain itu, 61 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di 2 PPS di Penampang dan 44 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di satu PPS di Beaufort.”

Katanya, 11 daerah melibatkan 132 kampung di Sabah terjejas akibat hujan lebat pada Sabtu lalu.



from Free Malaysia Today https://ift.tt/2BknAUL
via IFTTT

No comments:

Post a Comment