Breaking news

Friday, 21 August 2020

Tampil gaya rambut berbeza, Kate beri petanda sedang menanti kehadiran cahaya mata ke-4?

Ketika kehamilan ketiga itu, Kate memilih untuk memotong rambutnya pendek, dan lari daripada gaya kebiasaannya ‘big and bouncy Chelsea blow dry’.

Isteri kepada pewaris takhta diraja Britain, Kate Middleton didapati memberi bayangan dirinya sedang bersiap sedia menantikan ketibaan ahli baru dalam keluarganya.

Duchess of Cambridge itu diperhatikan memberi tanda-tanda sebagaimana sewaktu dirinya sedang dalam fasa hamil sebelum ini.

Paling ketara, Kate tampil dengan gaya rambut yang berbeza sama seperti sewaktu dirinya sedang hamil putera ketiga, Putera Louis.

Ketika kehamilan ketiga itu, Kate memilih untuk memotong rambutnya pendek, dan lari daripada gaya kebiasaannya “big and bouncy Chelsea blow dry”.

Kate kembali kepada gaya ikoniknya selepas melahirkan Louis, dengan penata rambut selebriti, James Johnson menyifatkan gaya itu sesuai untuknya di kala perlu mengawasi tiga anak yang masih kecil.

Beberapa bulan kebelakangan ini, tersebar khabar angin mengatakan Duchess of Cambridge itu sedang hamil cahaya mata keempat, apatah lagi Kate dikesan memberikan beberapapetanda”, antaranya mengelakkan minuman beralkohol dan kerap meletakkan tangan di perut.

Kate dan suaminya Putera William sudah mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Putera George, 6, Puteri Charlotte, 4, dan Putera Louis, 2 tahun.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com



from Free Malaysia Today https://ift.tt/31dQTm4
via IFTTT

No comments:

Post a Comment