
Sebut sahaja mengenai telefon bimbit jenama iPhone, pasti semua akan terbayangkan sebuah jenama premium yang hanya mampu dimiliki oleh golongan tertentu.
Ia disebabkan harga untuk satu unit telefon bimbit jenama iPhone boleh memiliki sebuah motosikal atau sebulan gaji seseorang.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan sebuah rumah kampung moden yang mempunyai pagar batu diperbuat daripada telefon pintar iPhone!
Berdasarkan video tersebut, rumah ini menggunakan telefon pintar iPhone sebagai hiasan pagar batu rumah.
Lebih menarik, pelbagai jenis iPhone dari segi jenis, warna dan saiz telah digunakan untuk menghiasi rumah tersebut.
Video berdurasi 59 saat dimuat naik di Twitter @FLjasmy itu menunjukkan tiang pagar rumah berhadapan sungai itu ditampal beratus telefon pintar iPhone.
Bagaimanapun pemilik rumah dan lokasi sebenar rumah tidak diketahui.
Pengguna Twitter terpegun melihat kreativiti penghuni rumah itu malah menyifatkan keluarga itu daripada golongan kaya namun ada mempertikaikan ketulenan telefon pintar berkenaan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
from Free Malaysia Today https://ift.tt/2XEPPpJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment